Quantcast
Channel: ~ Instinct De Hearty ~
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43

Siapa Perompak Sebenar nya?pemikiran kreatif

$
0
0
Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:


"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."


Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.


*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." -berfikir lain daripada yang lain!


Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"


*Ini dipanggil sebagai "Profesional." -Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!


Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."


Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."


*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!


Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".


*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!


Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"


*Ini dipanggil "berpandangan jauh." -merancang masa depan selangkah lebih awal!


Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.


Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."


*Ini dipanggil " Pengetahuan." -pengetahuan kunci kejayaan hidup!


Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.


*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!



Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?


copy paste

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43

Latest Images